Monday, February 8

Bukan Nak Kata

Seronok rasanya bila ada kawan yang kita boleh kongsi segala isu, pendapat & masalah terkini. Aku ni jenis yang tak suka baca surat khabar & tengok berita jam 8 malam. Kalau boleh tak nak ambil tau langsung. Kalau ada yang sudi nak bercerita, aku dengar, layankan dan bagi pendapat. Kalau takde yang nak bercerita, memang langsung tak update la minda ni. Tapi bila ada cerita gempar yang tarik perhatian semua manusia, yang buat aku excited nak tau sangat sampai korek kisah benar sampai ke lubang cacing, aku tanya pendapat yang lain.

Aku sms seorang kenalan masa aku pergi IIUM tahun lepas. Baik sangat orangnya. Peramah, penuh ilmu pengetahuan tentang Islam dan banyak kisah-kisah hidup yang menarik. Kalau aku ada masalah tentang ilmu agama, aku tanya dia sebab dia tak kedekut ilmu, sedikit sebanyak bagi aku nasihat, cadangan & pendapat. Tentang satu isu yang makin panas ni, aku sms dia lagi minta pendapat. Banyak yang kami bincang, banyak yang kami setuju, banyak yang tak setuju, dan akhirnya timbul satu persoalan samada isu ini berhak dikemukan semula atau tak. Bila fikir dalam-dalam & secara logik tak logik, aku tersedar sesuatu.

Dalam hidup ni, manusia sanggup buat macam-macam untuk menjatuhkan sesetengah pihak, hanya untuk kepuasan & kesenangan diri. Sepanjang 21 tahun aku hidup, rasanya dah tak terkira tangan ni nak bilang. Banyak sangat manusia bangsat cuba rosakkan hidup aku, porak perandakan masalah aku. Tapi aku bersyukur sebab sampai sekarang masalah aku ni tak sampai ke pihak mahkamah, keluar surat khabar & berita jam 8. Tak perlu nak bazir masa naik turun mahkamah. Tak perlu bazir masa lawat tempat kejadian, tunjuk demo depan khalayak ramai.

Cuma dalam isu ni, aku sendiri boleh fikir secara logik. Buat pertama kalinya otak aku berfungsi. Haha. Bukan aku je, aku rasa semua manusia boleh fikir mana yang betul & mana yang salah. Aku tak sokong mana-mana pihak, dan aku tak mahu kata aku akan sokong mana-mana pihak. Cuma manusia sekarang dah pandai menilai. Jadi nilai la yang mana betul, yang mana salah. Yang mana bagi manfaat, yang mana bagi mudarat. Lagi lama disebut, lagi banyak orang naik menyampah sampai dah tak nak amik tau dah.

Semoga Allah swt menjauhkan kita dari segala ujian berat sebegini


Monday, February 1

Feed Me

Needy
Pink - Glitter In The Air


Can you keep a secret?



Thursday, January 28

hidup atau mati?


Cuma perlu pilih satu.

Berjaya atau gagal? Mara ke depan atau belakang? Kongsi atau simpan? Serang atau diam? Tambah atau kurang? Sehari atau setahun? Sahabat atau musuh? Jawapan atau soalan? Susah atau senang? Sesak atau lapang? Semalam atau esok? Realiti atau mimpi? Kenyataan atau perasaan? Kalah atau menang? Aman atau perang? Pengalaman atau kepakaran? Aku buntu

Aku perlukan dorongan & sokongan. Semoga Ar-Rahim sentiasa disisi.

Sunday, January 24

keciwa & ditinggalkan

Dumped
Uji Rashid - Ku Ingin Selalu Di Sampingmu

Bila ada satu firasat yang muncul entah dari mana, datang dan serang ke dalam hati sedalam dalamnya dan mengajar diri ini untuk benci dan terus membenci, jangan ambil jalan mudah untuk belajar menyukainya kembali.

Aku cuma perlukan penjelasan saja. Bukan dua, bukan tiga, cuma satu! Kenapa, kenapa & kenapa?



Kuatkan lah aku. Aku insan yang lemah lagi hina sebenar-benarnya, yang sesat dan leka dalam realiti dunia. Payungilah aku dengan keredhaanmu. Berilah aku petunjuk, Ya Allah

Thursday, January 21

Ah U Slee Ping

video

Ada sesiapa yang boleh ajar aku, macam mana nak rotate video? Kalau takde, selamat menyenget. Anyway, agak agak anak buah aku ni ada harapan nak masuk Glee tak? Haha

Monday, January 18

Blues

I still remember someone told me as the years roll by, life is to learn, introspect, fetch and extricate. As I grow, please understand that I am growing up and changing very fast. Help me explore my unique interest, talents, and potentials in order for me to be happy which I should deserve long time ago. I need to be me and not you or anybody else you want me to be. In any crisis, I only think that there are only two choices which are available and I have to choose one. To forgive and forget.

Recently, two people walked out on me, again, and I simply forgive them. Forgiving isn't making the other person feel better, but it's making myself better. I take this as a learning process because I realize, I have less experience and there are so many things I have to explore. I know, people make mistakes. But one thing in my life that I won't be able to change, I may forgive my enemies but I never forget their names for sure.

 
Blogger design by suckmylolly.com