Saturday, February 16

LUAHAN ISI HATI #2

"Sampai bila kau nak merajuk? Sampai kiamat??"

Dussh, tepat pada sasaran. Targetnya, muka aku yang berkerut lagi berminyak ini. Salah siapa? Kau tuduh aku, aku tuduh kau. Masing-masing ego tak mahu bertegur, tak mahu mengaku kalah, tak mahu meminta maaf. Bemasam-masam muka bila berselisih. Kau buat perangai dari tahun lepas lagi. Ya, memang aku kecil hati. Kecil hati dengan sikap kau yang retarded ni. Kau ponteng kelas dengan alasan tak cukup tidur. Cuba tengok refleksi diri kau pada cermin. Tanya diri sendiri, pukul 2, 3 pagi kau pergi mana? Munasabah tak nak bagi alasan tak cukup tidur? Kau keluar tak bawa kunci. Tak dapat masuk bilik, tendang tendang pintu sampai aku kena heart attack.

Hutang-hutang kau, tak langsaikan lagi. Kenapa jadi macamni? Keluarga berada, sebulan bagi RM1000, tapi masih meminjam? Dan meminjam tidak bertempat. Kawan-kawan kaya, kau tak mahu minta. Jaga reputasi, takot tak boleh click dengan diorg, yang berduit. Kau kikis duit orang miskin. Kau kikis titik peluh orang bekerja untuk dapatkan duit. Bila berduit, kau beli benda yang tak berfaedah. PSP, perfume, banyak lagi. Bila aku kene diarrhoea, kau langsung tak hirau. Pinta aku tak banyak, belikan ubat saja. Tapi kau tak beli. Patut?

Sudah tiba masa untuk aku berdiri. Berdiri berhulukan penyapu untuk menjolok lubang duburmu yang keras macam batu. Aku tak nak lagi jadi "sweetest boy" yang selalu kau labelkan. STOP LABELLING. Aku nak ubah perspektif kau pada aku. Jadi hidrofobik, kalis semua cacian dan makian kau pada aku. Aku mahu ubah personaliti, bermula dengan meminimumkan perasaan kawan baik dan sayang aku pada kau, Eheww. Itu yang paling penting sekali. Kalau aku berjaya, dengan senang hatinya aku melangkah keluar dari bilik panas tu.
Maaflah, ini cuma luahan isi hati aku saja. Kalau terasa, pergi makan taik

 
Blogger design by suckmylolly.com