Friday, March 7

LUAHAN ISI HATI #4

Aku tahu, aku tidak sempurna. Macam-macam ragam yang sudah aku lakukan. Macam-macam perangai sudah aku tunjukkan. Sungguh menjelekkan bukan? Aku sedar. Masih ada lagi yang suka cakap belakang. Sudah menjadi lumrah hidup manusia untuk berperangai sebegitu jika melihat seseorang itu memiliki apa yang dia tidak mampu, iaitu seorang kawan. Ini cerita betul, bukan tipu. Menangis merupakan satu harian rutin sejak kebelakangan ini. Apa yang telah aku lakukan? Betul ke apa yang aku buat? Salah ke ape yang aku buat?

Kalau sudah betul, betul lah. Kalau sudah salah, memang akan salah lah. Salah silap boleh diperbetulkan. Setiap manusia akan diberi second chance. Ohh tidak, bagi masalah ini, aku telah diberi peluang lebih dari dua. Dan aku juga pernah memberi peluang lebih dari dua. Ironik tak? Inilah sebenarnya yang akan berlaku jika dua manusia tidak mengerti dan memahami cara untuk berkomunikasi dengan baik. Telefon bimbit sudah menjadi medium utama dalam kehiudpan harian. Makian dan cacian hanya perlu ditaip saja. Satu proses yang sangat mudah untuk dilakukan. Tidak berani menggunakan mulut. Jaga maruah katanya. Perlu ke bersikap sinis seperti itu? Hati ini ibarat layang-layang yang putus talinya. Tanpa arah tuju. Angin pun tak mahu angkut. Hina. Jijik.

Aku tahu aku tidak sempurna. Jadi, terimalah aku seadanya.
Maaflah, ini cuma luahan isi hati saja. Kalau marah, pergi cabut bulu kaki

-cottoncandyflavouredstrawberry-

 
Blogger design by suckmylolly.com