Friday, May 23

MACAM MACAM

Sejak kebelakangan ini, macam macam khidmat pesanan ringkas (SMS) aku terima. Yang baginya bukan seorang dua, tapi nak dekat puluh-puluhan la juga. Dan semua SMS yang diberikan, semuanya berkenaan dengan topik yang sama.

SATU
Video pembunuhan beramai-ramai mengaitkan seorang perempuan yang telah dipijak sehingga mati (i have that video btw) . Kononnya video itu berkait rapat dengan lagu Cinta 3 Segi yang sungguh meletup sekarang ni. Jadi, untuk mengetahui berkenaan video itu sama ada benar atau tidak, aku membuat keputusan untuk membuat research gitu.

Mujurlah aku ada seorang kawan yang bekerja dengan Utusan Malaysia (thanx abg niezam kring2). Selidik punya selidik, baru la dapat tahu tentang video itu. Hafiz, ternyata kenyataan anda salah. Hehehe. Video itu telah dirakamkan di India ye. Bukan di Iraq or where so ever. Jadi, tak banyak detail la. Lagipun, bukan terjadi di Malaysia. Kalau jadi kat sini, dah lama kecoh dengan pembunuhan kejam macam ini kan?

DUA
Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kedua pula berkaitan dengan penggunaan ilmu sihir dari Indonesia. Kononnya kalau ada call berwarna merah dan bernombor Indonesia, jangan diangkat. Boleh menempah maut. Sebaik saja angkat, mulut akan berbuih dan terus mati. Ok, pertama sekali memang aku langsung tak tahu nombor Indonesia. Kedua, aku tergelak juga bila fikir orang yang masih pakai telefon bimbit 3310 yang hitam putih skrinnya. Kalau dah hitam putih, macam mana nak tahu nombor itu berwarna merah kan? Makin berkurang lah populasi manusia yang memakai 3310.

Ok takpe takpe. Aku buat keputusan juga untuk selidik. Dan aku dapat tahu kes ini telah terjadi di Malaysia, lebih tepat lagi di Puchong. 2 orang dah kena katanya. Di indonesia pula, 9 orang telah terkorban. Hmm. Risau juga kot benda ni betul kan? Memang hebat la setan-setanan & iblis iblisan zaman ni nak rasuk orang through telefon bimbit. Akhirnya jumpa la satu risalah di Myspace bulletin berkenaan dengan benda ini. Ternyata ianya tidak betul.

TIGA
SMS yang ketiga ini lagi buat aku pening kepala. Dan memang pening aku dibuatnya. SMS berkenaan kononnya satu gelombang radiasi akan disalurkan pada15 Mei pukul 11 malam tepat melalui pemancar dan telefon bimbit. Sumber dari METRO TV (Indonesia jugakkkkk) Salah seorang bestie aku dapat dari kawan dia yang menetap di Johor. Kononnya di Johor dapat saluran Indonesia. Yang itu aku tak tahu plak. Yang aku tahu di Johor dapat saluran Singapura je. Ok fine. Aku tunggu pukul 11 malam, dan memang betul ada masalah dengan line telefon bimbit. SMS dan call pun tak dapat.

Berkenaan dengan ini, aku langsung tak mahu nak buat research. Sebab ini bukan kali pertama line telefon jadi bengong macam malam tu. Kalau betul la gelombang radiasi yang sungguh bahaya sangat ni nak serang, dah lama saluran saluran tempatan kat Malaysia ni membuat liputan, bagi nasihat jangan letak telefon bimbit dekat dengan kepala otak korang, takut kena radiasi yang boleh mengakibatkan kanser. Kan?? Kan??

-cottoncandyflavouredstrawberry-

 
Blogger design by suckmylolly.com