Thursday, May 22

MASALAH

Dalam dunia ini, terdapat dua jenis manusia. Manusia yang melihat sebiji cawan itu yang separuh penuh dan manusia yang melihat sebiji cawan itu separuh kosong. Tidak ada siapa pun yang dapat lari dari masalah. Senang cerita, nobody's perfect. Aku pun mengaku, hari-hari menimbun-nimbun masalah mencari aku. Tapi aku lari. Lari dari masalah. Aku buat tak endah. Aku buat keputusan untuk mengubah diri aku dan ikut jalan tengah. Dari situ aku teliti setiap insan yang aku kelilingi. Aku teliti bagaimana mereka empunya cara untuk selesaikan masalah.

Dari situ, aku dapat kenal sikap manusia. Jika lari jadi pengecut, memang anda bermasalah. Jika mempunyai guts untuk selesaikan, ternyata anda seorang insan yang sememangnya handal. Aku tabik insan seperti ini. Boleh dikatakan insan-insan seperti ini boleh menjadi role model untuk aku pada masa yang akan datang. Di sekolah kalau boleh aku mahu berkawan dengan orang-orang ini sahaja. Orang yang dapat tolong aku dengan masalah. Ternyata aku jumpa sebilangan insan hebat ini. Mereka sentiasa ada, menemani waktu waktu aku kesusahan. I thanked you for that.

TAPI...

Sekarang, aku sudah berubah. Dari insan yang menjadi pelarian kepada masalah sendiri, aku cuba sedaya upaya untuk selesaikan. Aku kawal anger management aku. Memang tidak bernasib baik, malam itu memang aku tak dapat tahan. Tak tahan dengan perangai kau yang sungguh menjengkelkan ini. Aku pertahankan hak aku. Aku luahkan apa yang tersirat dalam hati dan sememangnya aku berhak memberi kenyataan bahawa kau memang busuk hati. Sebusuk bangkai. Terus terang aku luahkan demi untuk menyelesaikan masalah. Dan ternyata aku sudah berubah. Tak mahu lagi menjadi pelarian, aku berubah menjadi segelintir insan hebat yang dahulunya aku hormat. Dari mana aku belajar untuk selesaikan masalah? Dari kau. Once again, I thanked you for that.

-cottoncandyflavouredstrawberry-

 
Blogger design by suckmylolly.com