Friday, July 11

Hari ni best! Pergi solat Jumaat buat kali terakhir bersama Jaja. Ahad ini sudah pulang ke Cyberjaya untuk semester 4

Pergi solat pun jalan kaki. Bak kata orang, setiap langkah ke masjid merupakan pahala. Syukur. Dapat cover dosa-dosa selama aku hidup ni. Sampai di masjid, duduk ditempat biasa yang kami selalu pergi. Selesa dan jauh dari budak-budak sekolah yang immatured

Niat baik dah tanam dalam hati. Minta doa pada tuhan sembuhkan penyakit, beri Hidayah, hindari gangguan syaitan, dan berkati hidup di dunia & akhirat. Elok masa nak mula solat, ada seorang pakcik ni terjah dari belakang dan mula buat khutbah sendiri dengan ayat-ayat panas.

Pakcik: Kalau nak datang masjid setakat nak borak-borak, tak payah datang lain kali. Tak senonoh

Dan dengan secara spontan aku menyahut

"Pergi lah mampus!"

Hilang punah segala pahala jalan kaki aku datang ke masjid. Tak termakbul doa-doa aku sepanjang aku hidup ni. Semua disebabkan oleh pakcik tua yang berfikiran rigid. Kalau ditakdirkan aku ni hidup tak sekolah dan lemah pendidikan agama dari ibu bapa, dah lama aku tumbuk.

Kalau pakcik nak jadi hero, apa kata pakcik ringan-ringankan kepala lutut pakcik buat pemerhatian terhadap semua insan yang datang masjid semata-mata untuk tidur keletihan bekerja, manusia yang tak henti-henti memicit telefon bimbit bermain game dan membalas SMS, dan budak-budak sekolah yang menjadi ghairah menonton video lucah dibelakang penjuru masjid.

Alhamdulillah, moga-moga doa aku termakbul

 
Blogger design by suckmylolly.com