Friday, July 18

Kepenatan. Sungguh kepenatan. Hari ini pukul 4.45 pagi aku dah kena bangun hantar Mama ke LCCT kerana urusan di Sabah selama 3 hari. Mujur Jumaat dan Sabtu aku tak ada kelas dan aku masih dipresi dengan prestasi buruk masa final presentation tempoh hari. Dalam perjalanan, aku enak tidur. Tetibe aku terjaga sebab hujan yang lebat, sungguh lebat.

Seperti biasa, siaran Fly.Fm sentiasa kedengaran bila dah naik keta. Seronok dengar radio pukul 5.30 pagi. Masa tu Pagi Show dah mula dan topik yang dibincangkan berkenaan dengan memberikan kereta percuma kepada insan yang memerlukan. Macam-macam la ragam manusia kedengaran semata-mata nak kereta percuma punya pasal. Menipu diantara satu sama lain.

Tapi seorang insan ni bercerita seperti betul-betul susah. Dia memang nakkan kereta tu dan kalau boleh, ingin beri peluang kepada bapanya menunaikan Haji. Mazlan namanya. Aku pon rasa dia patut dapat kereta tu, dapat ringankan beban keluarga sikit. Tapi, ada pulak insan-insan lain tak puas hati. Semua undi dia tak patut dapat. Dan aku tak tahu kenapa? Samada dia menipu atau ada alasan lain yang menyebabkan dia tak patut dapat.

Memang heboh la topik ni, sampai aku dah bosan nak dengar. Ingatkan time Pagi Show je. Rupanya cerita ni dibawa sampai ke petang. Skejap-skejap orang buat aduan pasal benda ni. Tak patut bagi la, patut bagi la. Buat undian itu ini la. Bosan!

Tapi, benda undian-undian yang menghabiskan wang ni lah dapat menguntungkan sesebuah syarikat. Aku tahu, sebab aku belajar broadcasting tv & radio.

 
Blogger design by suckmylolly.com