Thursday, July 24

Topik untuk entri ini sungguh membosankan lagi. Masih lagi berkenaan dengan stesen radio swasta, Fly.FM yang baik hati nak bagi kereta percuma ni. Dalam minggu ni, setiap hari setiap jam setiap minit setiap saat asyik dengar pasal benda ni je. Aku sebagai pendengar setia Fly.FM ni, dah naik muak!

Ok, kali ni aku buat pemerhatian dan eksperimen pasal si Mazlan ni. Entri lalu aku dah bgtahu kenapa dia layak dapat kereta tu kan? Tapi entri kali ini berbeza. Berkenaan dengan si Mazlan yang berhak mendapat kereta percuma ni, aku 100% tak setuju. Cuba bayangkan ok? Si Mazlan ni cerita bukan main lagi pasal masalah dia. Tapi yang peliknya, setiap perkataan Bahasa Inggeris yang keluar dari mulut si Mazlan ni sungguh perfect dan lancar.

Aku bukan nak mendiskriminasi mana-mana pihak. Sebab aku tahu rakyat Malaysia pada masa kini tidak berminat untuk belajar dan improve Bahasa Inggeris. Trust me, I know . Cuma aku fikir logik je. Mamat ni punya english bukan main lancar lagi, tapi hidup dengan banyak masalah, especially financial. Logik ke orang yang pandai cakap omputeh, tapi mengharapkan stesen radio swasta bagi kereta percuma?

Sepatutnya orang yang pandai macamni la senang cari kerja dan boleh sukses sekelip mata. Sebab? Englishnya bagus. Bila english bagus, resume pun bagus. Bila resume bagus, banyak syarikat terima jadi pekerja. Itu je..Berkenaan dengan masalah ni gak, Fly.FM suruh vote lagi.
Vote vote vote vote. At the end of the day, sape yang untung sape yang rugi? Si Mazlan ni syok bawak kereta round satu KL, korang cari duit nak bayar bil tepon.

I smell something Fishy~

 
Blogger design by suckmylolly.com