Friday, July 25

The Truth

Aha, nampaknya ada jugak orang yang memberi respon pasal entri sebelum ni dan tak berapa gemar tentang statement aku berkenaan dengan;

"Sebab aku tahu rakyat Malaysia pada masa kini tidak berminat untuk belajar dan improve Bahasa Inggeris"

Ok lah, senang cerita macam ni lah. Mana-mana pihak yang terasa tu, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku mengaku dan sedar yang aku juga lemah dan tak perfect untuk berbicara dalam bahasa Inggeris. Tapi, takkan lah aku sanggup nak memburukkan, memperlekehkan, memperbodohkan dan memandang rendah terhadap rakyat Malaysia yang tak tahu cakap bahasa antarabangsa ni sedangkan aku sendiri lahir di Malaysia, 100% anak Malaysia. Malah, ahli keluarga aku sendiri pon tak perfect dan berat mulut untuk berbahasa Inggeris ni.

Terus terang aku cakap, sebenarnya korang tak perlu rasa rendah diri dengan kelemahan ni. Kalau korang dah tengok satu commercial handphone yang disiarkan tahun ni berkenaan dengan sorang mamat ni yang kena pergi out-station ke Jepun/Korea (aku tak sure mana satu, tapi rasanya Korea kot) Sebelum dia berangkat, dia buat preparation tangkap gambar kedai makan, gambar tandas dan macam macam gambar lagi lah. Bila dia dah sampai, dia tak cakap dengan local people pon. Dia buat hal sendiri je. Bila dia terasa nak makan, dia tunjuk gambar burger through handphone dia je.

Nak tahu kenapa? Sebab majoriti rakyat Korea tidak fasih untuk berbahasa Inggeris. Trust me, I know. Instead of tanya kat mana kedai makan tu, mamat ni suka suka je tunjuk gambar. Then local people tu lukis la kat kertas bagi direction. Tak perlu nak berkomunikasi. Nampak tak betapa hinanya iklan tu?

Tak salah aku commercial ni terus dah tak disiarkan lagi. Sebab apa? Sebab commercial tu kononnya memperlekehkan kebolehan rakyat tempatan negara tu untuk berbahasa Inggeris. Banyak pihak yang tak puas hati dengan syarikat handphone tu. Sedangkan syarikat handphone tu hanya ingin menunjukkan kehebatan kameranya yang berpiksel tinggi dan menangkap gambar gambar yang bagus. Tak pasal pasal je

Jadi, masih merendah diri?

 
Blogger design by suckmylolly.com