Tuesday, March 10



Aku suka naik kereta. Dulu dulu masa zaman cuti sekolah, kalau rajin aku selalu pergi rumah pakcik makcik aku kat Negeri Sembilan mahupun ke Johor. Kadang-kadang tu balik Melaka rumah nenek je, kawan dengan ayam dengan itik belakang rumah tu. Senang cerita kalau cuti, merata-rata tempat la aku pergi naik kereta.

Bila naik kereta dengan saudara-mara, mesti wajib main game "CUBA CARI". Aku rasa mesti korang pernah dengar game ni kan? Memang femes gila game ni everytime naik kereta. Tak sampai 10 minit perjalanan, mesti ada orang open game ni, sebab dah bosan borak-borak kosong. Hehehe. Contoh game ni ;

"...cuba cari logo KFC..."

"...cuba cari perkataan TELEKOM..." and so on..

Setakat ni aku rasa game ni tak pernah ada time limit. Korang cari la 5-6 jam sepanjang perjalanan tu, agak-agak dah bosan & tak jumpa cari baru berhenti main then cakap "SURRENDER". kuikui. Kelakar gila bila diingatkan balik zaman dulu-dulu. Tapi lain pulak permainannya kalau naik kereta dengan ayah aku. Namanya "CUBA KIRA". Kononnnya nak asah bakat mengira, tapi matematik aku hancur gak masa exam. Nyampess. Contoh game ni ;

"...Kereta depan tu,WMG 2954.. cuba kira.."

So cara mainannya, korang kira la 2+9+5+4 ke, darab ke, tolak ke, bahagi ke, suka hati korang la nak buat apa. Janji kira. Sebab tu aku jarang naik kereta dengan ayah aku, sebab bila aku bagi alasan pening kepala buat kira-kira ni, dia membebel. Ugh.

Selain game "CUBA CARI" & "CUBA KIRA" ni, kadang-kadang perah otak main teka-teki. Macam-macam teka teki korang boleh share. Hmmm. Bila naik kereta ramai-ramai dengan sepupu-sepapat aku ni gak, kadang kadang tu sakit hati sangat sangat. Sebabnya ;

*sniff sniff* Oiiiiiii...sape kentut ni??? Bau macam bangkaiiiii! Tak buang air besar ke before naik kereta??? Bukak tingkapppppp!

Jangan pandang aku. Aku tak makan jeruk lepas makan tengahari tadi ;)

 
Blogger design by suckmylolly.com