Sunday, December 6

Mentari Pagi

Sedang nyenyak tidur, aku dikejutkan dengan satu SMS

"Assalammualaikum wbt n salam sjahtera. Sukacita kami sekeluarga ingin menjemput tuan/puan ke Majlis Perkahwinan sy pada 27.12.09 btempat di Kompleks Muhibah MPS, Tmn Industri Bolton, Bt Caves. Dipohon jasa baik tuan/puan utk SMS alamat bagi urusan phantaran kad jemputan. Sekian terima kasih"

Alhamdulillah, dia akan berkahwin tak lama lagi. Sudah hampir 6 tahun kami tidak bertemu selepas dia tamat zaman persekolahannya, akhirnya aku ada peluang untuk berjumpa dia dan bakal isterinya hujung bulan ni. Banyak sangat benda nak cerita. Mesti ramai kenalan-kenalan dia dari sekolah akan datang ke majlis tu nanti.

Siapa dia? Haha, kasi suspen sikit. Tunggu 27.12.09 nanti. Aku tangkap gambar banyak-banyak kasi post dalam blog.

Teruja, tak sabar & seronok hangak! =)

 
Blogger design by suckmylolly.com