Friday, January 15

Drama Hujung Minggu 17hb

Kenapa pagi pagi buta macamni penyakit The Hills serang aku lebih-lebih? Drastik betul. Macam tau tau je hujung minggu ni ada 'Drama' besar akan disiarkan. Bercakap tentang The Hills ni, jalan ceritanya berkait rapat pulak dengan 'Drama' hujung minggu ni. Tetiba teringat scene Heidi & Spencer yang dah gatal sangat tak sabar nak kahwin, tapi masa yang sama ada konflik dengan Lauren sampai Lauren pun tak mau pegi wedding tu.

Kan aku dah kata. Berkait rapat dengan 'Drama' hujung minggu ni kan? Mereka yang tahu cerita disebalik 'Drama' ni, diamkan saja mulut dan tak perlu beri nasihat bagai. Ini masa untuk aku luahkan segala perasaan benci dendam aku. Dendam sepanjang 1 tahun dia hilang, lenyap dari pandangan pinggirkan diri dari rakan rakan. Hati ni dah terlampau keras untuk bawa diri sampai dah boleh percaya yang aku buat satu kesilapan yang besar untuk buat kawan dengan jenis manusia yang tak reti malu, lupa diri tak kenang budi. Setahun tu bukan sekejap. Satu tempoh yang sangat lama sampai timbul pelbagai cerita dan rahsia. Banyak sangat konflik.



Aku macam biasa la jadi mangsa keadaan, sentiasa. Darah jantan ni ada masa membuak-buak tak henti fikir pasal 'Drama' yang bakal berlangsung hujung minggu ni. Daripada aku pergi dan tayang segala senyuman gelak tawa yang sememangnya semua orang akan tahu ianya palsu belaka, baik aku berkabung dalam rumah dan doakan yang terbaik. Kali ni nasib memang tak menyebelahi aku sebab aku tak boleh pakai mini dress, berkasut tumit 4 inci dan tak mampu beli Chanel.

Selamat Pengantin Baru, bedebah

 
Blogger design by suckmylolly.com