Thursday, July 22

It's Not An Option

Salam all.

Rasanya kan, macam dah tak layak betul lah aku nak berbahasa Inggeris dalam blog ni. Bukan dalam blog je, dalam semua benda lah senang cerita. Lagi lagi bila dapat tau kita ni bodoh kan? Kalau boleh tanam muka ni dalam tanah macam ostrich, dah lama aku tanam. Aduh. Malu. Malu dengan ayah mak, malu dengan lecturer, malu dengan classmates, malu dengan semua! 3 tahun belajar, buat segala assignment yang semuanya wajib dalam bahasa Inggeris, dapat President's award masa graduation, semua sia sia!

Aku tabik spring pada semua yang kata ujian tu senang. Bagi aku, ujian hari tu susah. Sangat susah woey! Selesai je ujian tu, aku dapat satu feeling yang sangat tak sedap bagitau aku, result aku akan teruk. Memang betul lah, result aku teruk! Tak tau mana salah silap. Mungkin nervous agaknya. Takpe, mungkin ada hikmahnya. Kena usaha lebih lagi lepas ni.

Bagi mereka mereka yang menaruh harapan, yang bagi 100% kepercayaan dan sokongan, terima kasih sangat. Minta maaf saya dah menghancurkan harapan kalian semua, kerana saya telah gagal. Ini rezeki saya, jadi saya terima. Tu lah, lain kali jangan nak sedap hati kata aku pandai english la, itu ini la. Sekarang tengok siapa pandai siapa tak pandai? Haha. Malu aku woey!

Malu. =.='

 
Blogger design by suckmylolly.com