Wednesday, December 17

Ceramah

Bila aku ada kamera, aku jadi stalker. Bila aku jadi stalker, aku cari mangsa. Bila dah ada mangsa??

DOOMED

Nasib baik aku tak belajar super-impose lagi. Haha. Jahatnya joy. Ini sebenarnya bukanlah kegunaan kamera. Kalau kau semua bercita-cita nak jadi paparazzi berjaya, mungkin anda layak jadi seorang stalker. Bagi aku, kegunaan kamera bagi seorang yang benar-benar minat fotografi ialah menghasilkan seni. Seni ada di mana-mana. Cuma penggunaan kamera dan teknik-teknik yang betul dapat menghasilkan seni yang cantik dan unggul.

Bagi pendapat aku, aku cuma tahu ada 3 jenis camera. Compact camera, SLR dan DSLR. Aku mula mempelajari dan memahami fotografi masa aku belajar di Limkokwing, subjek untuk semester 2 aku iaitu Digital Photography. Masa tu baru aku mula faham peranan setiap butang pada kamera. Baru aku tahu apa kegunaan Manual, Shutter Speed, Aperture, dan Program. Dan sedikit sebanyak, aku handal menghasilkan shot seperti depth of field, shallow depth of field, perspective shot, night scene, slow speed, fast speed dan banyak lagi. Kalau nak tengok contoh, gi google sendiri. Aku malas nak register flickr =)

Setakat ni, aku cuma mampu beli compact camera dan SLR. Compact camera Sony cybershot T-10 dan SLR Nikon F70 (zaman bila tahh beli). Sila ambil perhatian ye. SLR dan DSLR ialah 2 kamera yang berbeza. SLR menggunakan filem dan DSLR ialah digital. Penggunaan SLR sangat mencabar dan susah, sebab banyak modal diperlukan. Nak kena beli filem la, nak cuci lagi. Memang complicated. Aku lagi suka pakai DSLR sebab tak perlu nak beli filem dan cuci gambar. Mana gambar yang out-of-focus ke, over-exposed ke, boleh delete terus. Gambar-gambar yang ada dalam kamera pun boleh upload masuk dalam flickr (itupun kalau aku register). Hahaha.

Jadi, sampai sekarang ni aku cuba meyakinkan mak aku untuk beli DSLR. Dari dulu lagi aku mintak, sampai sekarang tak dapat dapat. Kalau dah ada DSLR, dah lama boleh buat bisnes tangkap gambar orang kahwin, assignment students2. Hahahha, terlebih rajin la pulakk. Sebenarnya, kamera ini bukan la untuk sesiapa yang belajar Digital Photography je, tapi untuk orang yang minat seni fotografi macam aku ni pun boleh pakai kamera, walaupun aku belajar bidang Komunikasi Massa. Senang cerita, seni fotografi ini untuk semua, tak kira tua & muda. Cuma pengunaan kamera je yang membezakan kita. Aku tahu serba sedikit tentang fotografi sebab aku dah belajar dan aku minat fotografi. Kan bagus kalau ada course Mass Comm & Photography kat Limkokwing tu. Pheww

Sampai di sini ajelah informasi aku yang tahpape ni. Taip panjang-panjang pun, nanti bosan nak baca. Btw, ni aku post shot terbaik yang aku pernah buat. Harap anda semua terpegun. Uuuuuu, aaaaa.. Babai

 
Blogger design by suckmylolly.com