Saturday, December 27

melayu ohh

Sepetang aku bersantai di padang bersama kawan-kawan. Sebenarnya dah lama gila tak lepak padang tengok jantan main bola dan anak-anak kecil bermain basikal. Last time pergi padang, masa zaman kegemilangan aku tengah megah handal bermain police & thief. Haha. Tapi itu dulu, masa kurus. Sekarang sudah gendut, susah mahu lari-lari tangkap thief ni. Bila aku pergi padang, aku suka sangat naik buai. Rasa nyaman bila angin meniup-niup rambut ni. Kadang-kadang, boleh bergaduh dengan budak kecil sebab nak berebut buaian punya pasal.
first come first serve la stupid!


Masa aku tengah stoned naik buaian sambil layan lagu Titi DJ - Kau Laksana Bulan, aku ternampak satu insiden depan mata aku. Bukan la teruk sangat, insiden basikal saja. Bukan basikal bertembung dengan basikal, tapi basikal dengan kepala orang. Uuuhh

Yang melanggar secara tidak sengaja, budak melayu umur 7 tahun. Yang di roll-over kepala otaknya dengan tayar basikal, budak india umur 4 tahun macamtu. Insiden bermula apabila kakak kepada budak india umur 4 tahun ni gatal sangat gi tambat tali dekat pemegang basikal tu, pastu nak jadi kakak mithali la tarik adik dia bawa jalan-jalan kat trek basikal tu. Tarik punya tarik, sekali dekat selekoh tu adik dia yang berumur 4 tahun ni excited sangat nak buat drift basikal sampai tak dapat kawal, kemudian terjatuh di lantai trek.

Budak melayu 7 tahun ni plak al kisahnya tengah lumba dengan kawan dia yang lagi satu ni. Maaf, identiti kawannya terpaksa disembunyikan atas alasan peribadi. Jadi, bila tengah syok berlumba, memang kiri kanan tak pandang la kan? Sampai je di selekoh, memang tayar basikal budak ni cium kepala mangsa yang terjatuh tu. Habis satu kepala kena roll-over. Nasib baik tayar depan je. Bila dah berlanggar tu, budak 7 tahun ni terjatuh gak mencium lantai trek. Lepas tu kecoh la satu padang tengok insiden ni. Si kakak india ni macam dah cuak-cuak takut kepala adik dia berdarah kena lenyek ngan tayar.

Lepas itu, si budak melayu umur 7 tahun ni mula la bising-bising, kononnya nak cakap dia tak bersalah. Yang si kakak kepada adik mangsa pun bising-bising, back-up diri dia yang dia tak bersalah, tunding jari pada budak melayu 7 tahun ni kata bawa basikal laju sangat.

"..ni semua salah kau la ni..bawa basikal laju-laju.."
"..ape plak? salah kau la..kau yang tarik basikal tu.."

Keadaan ini berterusan selama 5 minit, jadi aku malas nak taip. Dialog lebih kurang sama dan tunding-menunding masih diteruskan. Aku yang tengah layan naik buaian, berhenti buat seketika sambil gelak-gelak hodoh dengan kawan aku menonton hiburan semasa. Bila dah tonton lama-lama, kami jadi bosan pula. Sekali, ada seorang penyelamat datang ke tempat kejadian, then cakap;

"Senang cerita, dua-dua salah!!"

Lepas dia cakap benda tu, masing-masing tergamam dan terpaku. Tak lama kemudian, semua buat hal masing-masing dan keadaan kembali aman. Budak melayu 7 tahun ambil basikal dia dan mula mengayuh berdedar dari tempat kejadian. Mangsa 6 tahun, dipapah kakaknya sambil ditemani penyelamat yang cuba pujuk mangsa supaya berhenti menangis, hodoh sangat mukanya!

Apa yang sedang aku cuba katakan ialah, aku hampa dengan sikap budak melayu tu. Tiada rasa toleransi dan hormat. Benda kecil macam ni, suka diperbesar-besarkan, tunding-menunding diantara satu sama lain. Salahkan yang itu dan ini. Padahal salah dia gak, nak racing agak-agaklah tempatnya. Ini racing dekat tempat kecil, tempat anak-anak kecil bermain. Ini baru naik basikal. Kalau kau naik motosikal lenyek kepala anak orang macamana? Nak salahkan motosikal?

 
Blogger design by suckmylolly.com