Sunday, March 15

uuuuu.aaaaa


Jumaat malam yang lepas, presiden kolej aku buat satu konsert amal untuk mengutip derma bagi rakyat-rakyat palestin di Gaza dan konsert tu bertemakan "Heal The World". So aku pun dengan rajinnya datang dengan kawan-kawan aku. Wahhh, kenapa tetiba aku jadi rajin datang event2 yang diorganize oleh kolej aku ni ye? Hahaha. Dah sebab kelas aku pun habis pukul 6 hari jumaat tu. Konsert pun start pukul 8, so pergi menghiburkan diri saja la daripada membazir masa duduk hostel main game Ganguro Girl Deluxe. kuikui

Banyak persembahan artis macam Noraniza Idris, Karen Kong, Dina, Dafi *baekkkk punyaaaa*, dan student2 Sound & Music. Kononnya dengar kata Dato Siti Nurhaliza nak datang la, Bunkface nak datang la. Batang hidung diorang langsung tak nampak. Propa je lebih nak kasi orang datang event tu la kononnya. Nyampesss..

Sekarang aku nak cerita part yang aku tak berapa gemar. Sepatutnya event start pukul 8, tapi start awal sikit, pukul 7.30. Hello, 7.30 tu bukan waktu maghrib ke? Ada la satu band dari limkokwing ni dok terlalak-lalak macam anjing (I'm soooo sounded like Syafinaz) atas stage nyanyi lagu Paramore - That's What You Get. Hah, kau dah kejung kena sambar petir atas stage tu, memang that's what you get la kan? Aduhhh. Come on la, benda-benda macam ni pun tak boleh nak fikir sendiri ke? Have a bit respect for god sake.

Dan yang aku paling tak faham, charity concert tapi nyanyi lagu Rihanna - Please Don't Stop The Music & Bob Marley - No Women No Cry. Mother F! What's the point??

Overall, I had a wonderful time with my friends & I enjoyed. I miss my blowsticks. I meant, glowsticks ;)

 
Blogger design by suckmylolly.com