Saturday, June 6

Pilihan

2-3 minggu yang lalu aku tak sibuk nak cari tempat practical. Aku leka sangat dengan assignment, game dan internet. Bila aku dapat tau deadline untuk cari tempat practical tinggal lagi seminggu, aku menggelabah. Resume pun aku malas nak buat sampai aku copy orang punya, application baru terhegeh-hegeh nak scan, dan paling teruk, aku baru nak surf website company2 cari alamat, e-mail, and contact company.

Dan sekarang, aku pening kepala nak pilih mana satu tempat practical. Ada 3 company yang offer, tapi aku kena pilih mana yang senang nak pergi, dan boleh sambung kerja terus kat situ.

Global Station Sdn Bhd
Popiah Pictures
Astro Awani


Selepas banyak rujukan dan pertanyaan dari keluarga dan rakan-rakan, aku rasa aku akan pilih Astro Awani. Sebabnya, astro ialah syarikat yang besar dibandingkan dengan Popiah & Global Station. Tak pernah dengar pasal Popiah? Korang pernah tengok cite Kopitiam, Table for Two, Realiti, The Firm & latest Ghost kat NTV7 or 8TV? Ha..semua drama ni diorang la produce. Camner dengan Global Station plak? Kalau korang layan cite Spa Q, company ni la yang buat, under Zaiton Md Jiwa.

Mudah-mudahan aku membuat pilihan yang betul sebab 22hb June ni aku dah mula internship. Damn!

 
Blogger design by suckmylolly.com