Sunday, June 28

cerita zaman bila?

Okay okay. Berdasarkan tarikh entri terakhir dalam blog aku ni, memang aku mengaku aku dah lama gilaaaaa tak update blog aku yang makin lama makin berhabuk ni. Bukan apa, aku busy sangat lately ni. Mana tak nya, 22hb Jun dah start internship, a week before that aku kena prepare final presentation aku kat Bukit Bintang, so memang busy lah!

Banyak benda sebenarnya nak berkongsi. Mula-mula aku nak cerita pasal final presentation aku. Khamis yang lepas 20hb, budak2 broadcasting memang tak keruan arr memikirkan tentang final ni sebab orang-orang industry akan datang & personally orang orang ni la yang akan judge kami punya final. Kalau suka, bagus la hasilnya. Kalau tak suka, memang kurang bagus la hasilnya dalam result.

Personally for me, it was tough. Very tough. Mana yang tak prepare dari segi mental n physical tu memang kena struggle la. Penat lelah aku satu kumpulan berkampung seminggu-dua dalam lab memang berbaloi laa sebab nak settlekan editing ni. Tapi macam-macam problem gak terjadi sepanjang persediaan untuk final presentation ktorg ni. Time presentation pun macam-macam propaganda & drama laa as usual. Cakap tak serupa bikin. Ahh benda dah lepas, so malas nak ungkit. What has passed is passed. *chewah*

Tapi dalam hati memang terasa nak cerita, tapi...lalalala
Kepada kawan-kawan yang telah hadir pada malam tempoh hari, terima kasih la sebab beri sokongan yang tak terhingga untuk aku satu kumpulan. Minta maaf la kalau ada yang tak selesa dengan keadaan KLC yang tak seberapa indah khabar dari rupa pada malam tu yea? Aku ni pun terasa malu, inikan VVIP yang masuk KLC tu. Haishhh

Gambar gambar akan diupload kemudian. Masih tak dapat lagi dari tuan-puan punya kamera. Nak cerita pasal internship, malas lah. Lain hari je. Kuda sudah penat menaip. Ahahahah. Ada hikmah disebalik perkataan kuda itu yea.kuikui

Bercakap dengan anda kemudian///ttyl~

 
Blogger design by suckmylolly.com