Friday, October 30

to be 20

Current Mood : Puzzled
Current Song : Sara Groves - It's Going To Be Alright

Lately ni aku banyak post gambar je kan? Haha. Nampak sangat la malas nak menaip. First and foremost, for those who wish, I appreciate it very much and thank you.

Alhamdulillah, tahun ini aku diberi peluang oleh Allah swt untuk menyambut 30 Oktober sekali lagi. Seperti biasa, banyak suka dan duka telah aku lalui. Masalah demi masalah silih berganti. Tapi, itulah yang dikatakan kehidupan. Tahun ni banyak sangat perkara baru aku alami. Lagi-lagi bila aku dah mula merasa alam pekerjaan. Baru aku tau betapa azabnya bekerja untuk mencari rezeki. Memang penat, tapi besar pengertian dan pengalaman bagi aku.

Sepanjang hidup selama 20 tahun ni, aku boleh kata yang hidup aku sangat bahagia, walaupun tak sempurna.Aku bersyukur, sebab dilahirkan dari keluarga yang walaupun bukan dari golongan berada tapi alhamdulillah makan minum aku sentiasa terjaga, walaupun tidak dianugerahkan dengan otak yang cerdik tapi alhamdulillah dari semester ke semester result aku makin meningkat, walaupun ada masanya sering ditimpa kecelakaan tapi alhamdulillah semuanya dapat diatasi dengan tenang.

Aku perlu sedar, makin lama umur makin meningkat. Secara tak sengaja, fizikal & mental pun makin lama makin berubah. Mungkin dulu aku boleh layan cartoon network dari pukul 10 pagi hingga la ke 9 malam, tapi sekarang tanggungjawab aku makin lama makin banyak. T

Tidak dinafikan, aku dah banyak berubah berbanding sebelum ini. Aku lebih matang, rasanya. Lebih memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan. Aku banyak belajar bahawa hidup ini tak selalunya adil. Tidak semuanya berlaku seperti yang aku harapkan sebabnya aku cuma insan biasa. Aku cuma merancang, tapi yang menentukannya ialah tuhan.

Terima kasihlah diatas ingatan anda semua.

 
Blogger design by suckmylolly.com