Saturday, November 21

Komuniti

Aku ingatkan masa sekolah je boleh jumpa manusia yang jenis suka mengata jahat orang lain ni. Yelah, budak sekolah kan. Pergi sekolah pun kadang-kadang tak mandi pun takpe. Otak tak berkembang, tak matang lagi dan masih tak tahu apa maksud kehidupan.

Zaman universiti lagi bahaya. Klimaks kepada segala zaman. Pergi kelas kalau tak pakai apa-apa pun takpe. Zaman ni la kehidupan sosial menjadi-jadi. Remaja tersuap dengan kebodohan sendiri. Macam-macam ragam manusia kau boleh jumpa. Yang berlidah ular ada, berhati besi ada, tikam belakang depan kiri kanan pun ada.

Jangan cepat terpedaya. Alam pekerjaan pun ada jenis manusia yang macamni. Banyak sangat kerja sampai tidur kat office pun takpe. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri dan juga hanya untuk berada di atas supaya mereka sentiasa dipandang tinggi. Masuk office orang ni, kau dengar cerita itu ini pasal A. Masuk plak office orang tu, kau dengar cerita itu ini pasal B.

Tak perlu risau.Apa yang aku cuba sampaikan ialah, kena pandai bawa diri. Kehidupan tak sentiasa indah seperti yang kita mahukan. Manusia dikurniakan otak untuk berfikir. Fikir mana yang baik dan mana yang buruk. Aku berkata-kata berdasarkan pengalaman, bukan mereka cerita macam sesetengah orang. Hati hati okay!

 
Blogger design by suckmylolly.com