Tuesday, December 22

And The Grammy Goes To..

Kadang-kadang, aku berangan cerita hidup aku ni seperti kronologi kejadian dari kisah The Hills mahupun Laguna Beach. Ke mana aku pergi, kat mana aku lepak, makan dan borak, ada kamera terpacak 7 kaki dari segala sudut untuk merakam segala aktiviti dan perbualan. Banyak sangat perkara yang selalu dibincangkan apabila kita manusia sudah mula bercerita dan mendengar.

Macam dalam The Hills mahupun Laguna Beach, mesti ada main character dan ekstra-ekstra nya. Aku si Protagonist, kawan-kawan sekeliling sebagai ekstra, dan manusia manusia lain sebagai Antagonist. Dalam literatur, maksud Antagonist disini ialah karakter yang melawan karakter utama, penjahat, seseorang yang sering menimbulkan cabaran dan masalah, sering menjadi pembuat onar sehinggakan si Protagonist terpaksa melalui kehidupan yang sangat dramatik. Betul la tu, aku setuju hangak!

Kita berkongsi segala pengalaman yang telah kita sendiri lalui, tak kira samada ianya sedih, lucu, mahupun gembira. Aku seronok menikmati hal menarik yang aku nak kongsi pada orang lain. Bila bercerita, aku anggap sesebuah persahabatan itu lebih dekat daripada sekadar kenalan, dibandingkan dengan hubungan peribadi. Kau boleh bayangkan apa akan jadi kalau kau cerita pasal jantan/betina lain pada kekasih kau?

Bila kita mendengar, kita rasa seperti dihargai sebabnya mereka-mereka juga ada hasrat untuk berkongsi. Ada benda yang sedap dibawa ke telinga untuk bercerita, dan ada yang tidak. Kebiasaannya, kami bercerita tentang keseronokan hidup berstatus kan remaja. Cerita baik buruk orang lain memang selalu jadi topik utama. Sekaligus boleh buat aku hilang 2kg sebab gelak tak makan saman. Aduhai, dunia hiburan buat aku sungguh kejam.

Tapi entahlah. Berangan je aku ni. The Hills la, Laguna Beach la. Haktuih. Berangan nak jadi anak orang kaya bawa kereta mewah, makan tengahari di kafe mahal, candle light dinner dengan kekasih. Haktuih. Berangan kamera ada kiri kanan atas bawah. Haktuih. Tapi jangan pandang rendah pada aku. Aku bawa kereta ferrari dan baru-baru ni sambut hari lahir yang ke 20 dengan bestfriend yang sumpah aku tak tipu semuanya kaya-kaya belaka di TGI Fridays. Perlu ke haktuih?

Haktuih kan aja, sebab berlagak anak orang kaya pula.

 
Blogger design by suckmylolly.com