Monday, December 21

The Convert

Cerita yang menimbulkan kontroversi kononnya filem ini mendukung prinsip Islam Liberal dan menggesa kita sebagai manusia untuk menyamakan agama. Satu Malaysia lempar kritikan demi kritikan. Semua orang bidas dan tak pasti apa tujuan dia mencipta filem sebegini?

Muallaf, filem kelima arahan Allahyarham Yasmin Ahmad sudah dapat ditonton di Singapura tetapi belum di Malaysia. Hairannya, orang Singapura menyambut filem ini dengan begitu memberangsangkan dan tayangan hari pertama di negara itu penuh sesak.

Malangnya aku takda kawan yang duduk di Singapura. Kalau ada, mungkin aku boleh tanya apa yang istimewa sangat filem tu dan apa yang menyebabkan filem itu penuh sangat kontroversi sampai kena 'gam' kat sini.

Okay la. Selepas aku buat sedikit kajian and selidik sana sini, baru aku tahu kenapa cerita ini penuh kontroversi dan kononnya filem ini terus tersadai di LPF, dalam kata erti lain filem ini tidak diluluskan tayangannya di Malaysia.

Kalau benar lah filem ini mendukung prinsip Islam Liberal, maka elok sangat diharamkan saja tayangan di Malaysia. Aku tak mahu komen tentang tahap pengetahuan Islam seseorang dengan sesuka hati. Aku tak mahu ketengahkan isu-isu agama walaupun aku tahu itu merupakan salah satu punca yang menimbulkan kontroversi filem ini. Aku tak berani nak bercerita lebih sebab isu ini sensitif. Jadi, label lah aku ni sebagai jahil agama.

Mungkin ada hikmah Tuhan cabut nyawa dia pada umur yang masih muda dan bertenaga. Tapi, aku sangat hairan dan tak berpuas hati! Kenapa bila tuan empunya diri yang mencipta filem ini dah meninggal dunia, baru semua sibuk nak tayang balik cerita ini kat Malaysia? Hanya disebabkan dia dah meninggal dunia, manusia-manusia yang bidas filem ni dah berlembut hati dan membuat keputusan untuk memberi penghormatan terakhir dengan cara, filem ini dijilat balik 'gam'nya dan akan ditayangkan tak lama lagi? Begitu caranya? Menyedihkan..

Okay. Kalau begini la cara mereka, kita layan cerita Abdul Razak Mohaideen je lah sampai tua. Hehe. Apa-apa pun, aku memohon ribuan kemaafan jika pendapat aku ini banyak menyinggung banyak pihak. Semoga Allah swt mencucuri rahmat roh Allahyarham. Amin. Tak sabar nak tunggu hari Khamis, 24 Disember ni. Hee

 
Blogger design by suckmylolly.com