Monday, February 8

Bukan Nak Kata

Seronok rasanya bila ada kawan yang kita boleh kongsi segala isu, pendapat & masalah terkini. Aku ni jenis yang tak suka baca surat khabar & tengok berita jam 8 malam. Kalau boleh tak nak ambil tau langsung. Kalau ada yang sudi nak bercerita, aku dengar, layankan dan bagi pendapat. Kalau takde yang nak bercerita, memang langsung tak update la minda ni. Tapi bila ada cerita gempar yang tarik perhatian semua manusia, yang buat aku excited nak tau sangat sampai korek kisah benar sampai ke lubang cacing, aku tanya pendapat yang lain.

Aku sms seorang kenalan masa aku pergi IIUM tahun lepas. Baik sangat orangnya. Peramah, penuh ilmu pengetahuan tentang Islam dan banyak kisah-kisah hidup yang menarik. Kalau aku ada masalah tentang ilmu agama, aku tanya dia sebab dia tak kedekut ilmu, sedikit sebanyak bagi aku nasihat, cadangan & pendapat. Tentang satu isu yang makin panas ni, aku sms dia lagi minta pendapat. Banyak yang kami bincang, banyak yang kami setuju, banyak yang tak setuju, dan akhirnya timbul satu persoalan samada isu ini berhak dikemukan semula atau tak. Bila fikir dalam-dalam & secara logik tak logik, aku tersedar sesuatu.

Dalam hidup ni, manusia sanggup buat macam-macam untuk menjatuhkan sesetengah pihak, hanya untuk kepuasan & kesenangan diri. Sepanjang 21 tahun aku hidup, rasanya dah tak terkira tangan ni nak bilang. Banyak sangat manusia bangsat cuba rosakkan hidup aku, porak perandakan masalah aku. Tapi aku bersyukur sebab sampai sekarang masalah aku ni tak sampai ke pihak mahkamah, keluar surat khabar & berita jam 8. Tak perlu nak bazir masa naik turun mahkamah. Tak perlu bazir masa lawat tempat kejadian, tunjuk demo depan khalayak ramai.

Cuma dalam isu ni, aku sendiri boleh fikir secara logik. Buat pertama kalinya otak aku berfungsi. Haha. Bukan aku je, aku rasa semua manusia boleh fikir mana yang betul & mana yang salah. Aku tak sokong mana-mana pihak, dan aku tak mahu kata aku akan sokong mana-mana pihak. Cuma manusia sekarang dah pandai menilai. Jadi nilai la yang mana betul, yang mana salah. Yang mana bagi manfaat, yang mana bagi mudarat. Lagi lama disebut, lagi banyak orang naik menyampah sampai dah tak nak amik tau dah.

Semoga Allah swt menjauhkan kita dari segala ujian berat sebegini


 
Blogger design by suckmylolly.com