Friday, March 19

Terbelahak

Nak bercerita sikit kes-kes yang membuatkan aku berdekah ketawa sampai pecah perut guling-guling atas lantai macam tapir kena geletek depan khalayak ramai di kedai makan. Harap maklum.

Kes 1

Dua orang lelaki dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur . Mereka menunggang motosikal dengan laju kerana hari makin gelap. Akibat terlalu laju, setibanya mereka di kawasan bukit, motosikal yang mereka naiki tidak dapat dikawal dan akhirnya terjunam. Orang ramai yang menyaksikan kejadian terus menelefon polis. Selang beberapa minit kemudian polis tiba untuk mendapatkan keterangan dari mangsa.

P : Adik tak apa-apa?

A : Sakik hangak. Terjune

P : Ambulans akan tiba tak lama lagi. Boleh saya dapatkan nombor plat motor adik? Kami cuma dapat cebisan depan nombor plat je.

A : Duo duo tujo ne (2276)

P : Ya, saya tau. Dua dua terjunam. Kami nak dapatkan nombor plat adik je. Sila beri kerjasama

A : Duo duo tujo ne!

P : Iya dik. Sila bawak bersabar. Saya tahu dua-dua terjunam. Ambulans akan tiba tak lama lagi untuk beri bantuan. Kami perlukan nombor plat adik sekarang.

A : duo.....duo...tujo ne!

P : Ye dik, pihak polis sedang berusaha cari kawan adik yang terjunam tu. Saya tanya sekali lagi, apa nombor plat motosikal adik?

A : !@#%^(*&$!%




Kes 2

Seorang Wak dari Jawa baru saja tiba untuk berjumpa dengan kawannya. Tidak lama kemudian, kawannya bercadang untuk membawa Wak ke pameran kereta mewah di Kuala Lumpur dan bermurah hati untuk membelikan Wak sebiji kereta untuk kegunaannya di negara ini. Haha

K : Wak pilih nak kereta apa. Saya belikan untuk Wak, Wak boleh bawa kereta jalan-jalan satu bandar

W : Waksegen (Volkswagen)

K : Wak jangan segan segan sama saya Wak. Wak pilih je kereta apa Wak nak bawa. Saya tak kisah

W : Waksegen, waksegen

K : Wak, kita sudah kenal lama kan Wak. Itu pun mau segan sama saya. Pilih saja Wak nak kereta apa.

W : Waduhh, waksegen, waksegen!

K : Ohh, Volkswagen. Kenapa Wak tak bilang awal awal tadi?

W : Dari tadi Wak udah bilang waksegen, waksegen...


Mari kita gelak ramai-ramai. Hahahahaha. All Hail Joy makin lama makin merepek. Hahaha

 
Blogger design by suckmylolly.com