Thursday, April 29

I lupa I dah 21



Sepanjang I hidup, I dikelilingi manusia yang kebanyakkannya sedang atau pernah terlibat dalam hubungan dan percintaan, samada yang normal mahupun tidak. Dan juga sepanjang I hidup, I tak pernah terlibat dalam sebarang hubungan dan percintaan, samada yang normal mahupun tidak. Kadang-kadang I rasa diri I ni rugi sangat, tertinggal banyak pengetahuan pasal hubungan dan pengalaman untuk bercinta. Keluar dengan mereka yang masing-masing berpasangan, buat I tertinggal jauh di belakang dan rasa tenggelam. Rasa sunyi tak berteman.

I tak boleh cakap banyak, sebab I sendiri pilih cara macamni, untuk rasa tenggelam jauh tercicir di belakang. Mungkin I tak sedia lagi, dan boleh jadi mungkin I rasa terlibat dalam suatu hubungan atau percintaan adalah sesuatu perkara yang sia-sia. Penceraian, pergaduhan & pertengkaran. Perkara yang I paling takut nak hadapi, dan seboleh-bolehnya I nak lari, lari sejauh-jauhnya dari terlibat dalam segala situasi negatif macamni. Sampai sekarang I tak boleh nampak betapa indahnya untuk bercinta. I tak boleh rasa lagi betapa gila untuk bercinta.

Tapi kadang-kadang, rasa sunyi tu datang tiba-tiba buat I jadi emosi. Emosi bila dapat tahu sepanjang 21 tahun I hidup, I tak pernah bahagia. Sepanjang 21 tahun I tersedar yang I tak pernah ada teman istimewa untuk kongsi masalah, teman istimewa untuk bergaduh manja, teman untuk keluar tengok wayang sama sama. I rasa rugi dalam banyak perkara. Orang lain pernah bercinta, sampai sanggup buat benda gila. Bertengkar hal remeh-temeh sampai tak makan seminggu, emosi jadi tak tentu, hati tak keruan, satu kerja tak jalan. Kalau boleh I nak jadi gila dan rasa apa yang orang bercinta rasa. I nak rasa bagaimana buat kerja gila sebab bercinta.

Tapi I juga rasa bertuah, sebab teman sekeliling I kebanyakkannya banyak kongsi cerita, banyak kongsi segala pengalaman dan masalah dalam menjalinkan hubungan. Bila mereka bermasalah, I banyak tolong mereka dari segi beri nasihat dan pendapat. Dari situ, timbul satu proses, proses pembelajaran bagi kedua-dua pihak. Belajar untuk jadi lebih baik, lebih toleransi dan pada masa yang sama merapatkan lagi hubungan bagi orang yang tak berteman macam I, dengan teman-teman sekeliling.

I rasa I dah komited untuk bercinta. Dah sedia nak bagitau satu dunia siapa si teman istimewa. Dah sedia nak buat kerja gila. I tak mahu beri harapan yang sangat tinggi pada semua. Cuma, dalam hati I ni masih lagi simpan satu rahsia, yang kamu semua takkan percaya akibatnya. Teman-teman yang tahu, simpan saja dalam hati. Tak perlu kecah-kecah. I sendiri dah pilih jalan macamni. Cuma doakan saja lah supaya I terus bahagia. Biarlah di akhir hari I terima padahnya.

I harus belajar untuk jadi lebih jujur dengan rakan-rakan, teman-teman, semua manusia di sekeliling. Mungkin Mika boleh tolong. Hehe

 
Blogger design by suckmylolly.com