Kita berkumpul lagi hari ini, bukan atas dasar kau cantik atau kurang cantik, kau kaya atau miskin, kau layak atau tak layak, kau rapat atau tak rapat, kau kenal atau tak kenal. Selepas pemergian arwah Nazihah beberapa bulan lalu, seorang lagi saudara yang kita kenal telah kembali ke rahmatullah. Kita berkumpul hari ini untuk sama-sama memberikan salam ziarah untuk terakhir kali buat saudara kita Alif Lye yang telah pulang ke rahmatullah pada awal pagi ini akibat denggi berdarah.
Ada yang sebak dan ada yang berduka. Si bapa kelihatan menangis teresak-esak tak dapat nak lawan perasaan, dan si ibu hanya redha dengan pemergian anak lelakinya. Kita yang masih hidup ni, kena la beringat-ingat dan teruskan untuk hidup. Memang lumrah hidup dan ketentuan ilahi, yang hidup pasti akan mati. Bila dah sampai waktunya, sampai la. Tak pernah tercepat sikit dan tak pernah terlambat sikit. Dia maha adil dan maha kuasa. Tuhan lagi sayang dia.
Jadi, I ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Alif Lye diatas pemergian beliau. I dan kawan kawan yang mengenali arwah Alif cuma mampu berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman, yang soleh dan disayangiNya. Ameen