Saturday, July 10

Joy Bebel


Macam ni lah kehidupan aku selepas ketiadaan orang gaji kat rumah. Tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang adik dan seorang pakcik pada masa yang sama, memang berat dan susah. Tuhan memang betul nak uji aku dari segala sudut. Ada masa aku betul betul susah nak handle, ada masa aku okay. Alhamdulillah setakat ni Fayyadh tak buat masalah besar lagi. Kalau ada, memang nyata la Tuhan nak uji kesabaran dan kekuatan aku. Aku bersyukur aku dapat sokongan penuh dari keluarga, kawan-kawan baik dan manusia manusia lain. Aku mengaku ada masa hormon dalam badan ni tak betul, tekanan jaga budak yang aktif dan nak membesar ni membuak-buak, jadi aku dapatkan advise dari diorang. Terima kasih kepada 'mak angkat fayyadh, ayah angkat, kakak angkat, abang angkat, pakcik angkat, makcik angkat, segala angkat yang boleh'. Tuhan saja dapat membalas jasa baik kalian semua. :')

Bukannya aku tak suka dengan life aku dan apa yang aku buat sekarang. Cuma, rasa tenggelam tu tiba tiba je serang bila aku tengok semua rakan sibuk belajar, kerja itu dan ini. Aku? Apa aku buat? Bila orang tanya, aku segan tersengih sipu macam lembu kena puji dan cakap 'I duduk rumah, jadi babysitter'. Malu kan? Hidup tak bekerja, tak berduit dan harap mak bapak dan kawan suapkan? Lagi lah feeling lembu ni rasa gila tenggelam bila keluar dengan kawan-kawan yang kaya, bergaji dan berduit, mereka sponsor dari atas sampai bawah. Aku mengaku lagi kadang-kadang aku keluar tak berduit.

But I do need some entertainment. So why the hell not? It's my time to de-stress myself, being crazy, go out 'cuci mata' and have fun a bit.

Terima kasih sekali lagi diatas jasa baik kawan-kawan semua yang banyak belanja. Tuhan saja dapat membalas jasa baik kalian. Aku faham kalau lepas ni takde orang nak ajak aku keluar dah. Macam aku cakap tadi lah, tak bekerja, tak bergaji, tak berduit :')

Jadi, ini lah life aku sekarang selepas ketiadaan orang gaji di rumah. Menjaga kanak-kanak yang sangat aktif dan makin hari makin membesar. Lagipun, anak buah satu je. Jadi, aku kena gunakan peluang ni untuk luangkan masa yang sebolehnya dengan dia. Nak dating pun kena bawak lah little monster saya ni. Tak kisah la orang nak pandang slack ke apa ke, ada aku kisah? Tak pernah tengok artis bawa anak buah jenjalan ke woey? Keziannn. Haha.

Tak lama lagi, little monster saya ni dah tak duduk Sri Gombak dah. Agaknya sebab tu la Ummi dia tak heran sangat kalau Fayyadh malas nak pergi sekolah eyy? Yelah, sebelum ni bayar je yuran kat tadika Yu-Aye area rumah ni, tapi attendance Fayyadh macam biskut. Haha. Lagipun Ummi dia beli rumah baru, jadi akan berpindah tak lama lagi since rumah baru pun dah nak siap. Acu pun tak lama lagi nak sambung belajar Disember ni, InsyaAllah.

Apa lagi? Kepada 'mak angkat Fayyadh, ayah angkat, kakak angkat, abang angkat, pakcik angkat, makcik angkat, segala angkat yang boleh', rajin rajin la luangkan masa dengan little monster saya ni. Dah pindah nanti, jarang la dapat jumpa. Kalau I takde rezeki nak sambung belajar, I sambung contract dengan kakak I jadi full time babysitter. Best je hari hari boleh spend time dengan Fayyadh. Hehe

Macam ini lah kehidupan aku selepas ketiadaan orang gaji kat rumah. Kalau kat Google Translate from Malay to English, gini la jadinya 'This is like my life the absence of the funeral home pay'

Salute Google Translate. Ohoii

 
Blogger design by suckmylolly.com